Dimiliki oleh Ummah Intergrated ( IP0426987-D )
No.4, Jalan U3/6(BK), Pusat Perniagaan Subang, 40150 Shah Alam

Peneraju Jualan Kerusi Kuliah Di Seluruh Malaysia.

KERUSI KULIAH adalah satu inovasi yang dicetuskan atas PENGALAMAN pengasas sendiri apabila mengikuti Kuliah2 di Masjid/Surau. Sering kali mengubah kedudukan posisi duduk yang tidak selesa sedari 10 minit Kuliah bermula. Jika , kuliah sehingga 1 Jam , kemungkinan berlaku sehingga 10 kali ubah posisi berlaku. Inilah realiti. InsyaAllah dengan lahirnya idea ini maka kita LEBIH BERSEMANGAT dan KHUSYUK mengikuti Kuliah.

*Kerusi Kuliah ini adalah inovasi sendiri dari pengasas syarikat dan hanya dikeluarkan oleh Ummah Integrated.

Thursday, 26 November 2015

Pengertian mengenai wakaf

Asalammualaikum...
Dari email-email dan whatsup yg kami terima ramai yang bertanyakan pengertian mengenai wakaf...jadi di sini admin ingin berkongsi sedikit tentang definisi pengertian wakaf...moga ianya dapat berkongsi ilmu sesama kita insyAllah...

PENGERTIAN WAKAF
    Wakaf berasal dari perkataan Arab :
    waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan.

 PENGERTIAN WAKAF (ISTILAH)
  • Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .

RUKUN-RUKUN WAKAF
    1.    Pewakaf (Al-Wakif)
    2.    Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf)
    3.    Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf’alaih)
    4.    Lafaz Akad ( Al-Sighah)

 SYARAT –SYARAT PADA RUKUN WAKAF :

1.    Pewakaf
  • Merdeka
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkelayakan untuk berwakaf
  • Sukarela ( tidak dipaksa untuk berwakaf )

 2.    Harta yang diwakafkan
  • Harta yang mempunyai nilai
  • Harta yang boleh dipindah milik
  • Harta yang boleh diambil manfaat berkekalan.
  • Harta adalah milik sempurna pewakaf

 3.    Penerima manfaat wakaf
  • Penerima khusus samada seorang atau lebih
  • Penerima tidak khusus (tidak ditentukan penerima wakaf)

 4.    Lafaz akad
  • Akad adalah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu tujuan wakaf
  • Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.

Thursday, 19 November 2015

Alhamdulillah

Asalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah selesai sudah menghantar 100 unit kerusi kuliah kepada 2 buah masjid atas niat seorang hamba Allah yg ingin menunaikan ibadah wakaf...terima kasih juga yg tak terhingga kepada beliau kerana membantu bersedekah sebilangan wang ringgit bagi usaha-usaha pihak kerusi kuliah untuk menabungkan sedikit dari penjualan produk kami bagi disalurkan ke tabung palestin...insyAllah jasa dan amal baik tuan akan dinilai sebagai amal soleh dan hanya Allah yang akan membalas jasa baik tuan tersebut amin...


Monday, 9 November 2015

PAKEJ AKHIR TAHUN

Asalammualaikum...
Atas sokongan dari pihak semua,kini kerusi kuliah menawarkan beberapa pakej baru untuk kegunaan surau dan masjid dan juga pakej kepada tuan-tuan/puan-puan yang ingin menjalankan ibadah wakaf. Antara pakej - pakej terbaru untuk kerusi kuliah :

PAKEJ SURAU & MASJID

- 20 unit kerusi kuliah / Seunit RM 40
- 50 unit kerusi kuliah / Seunit RM 35

PAKEJ INDIVIDU

- 1 unit kerusi kuliah / RM 75
- 2 unit kerusi kuliah / Seunit RM 65
- 5 unit kerusi kuliah / Seunit RM 60

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
En. Ahmad Shafiq Bin Abdullah
Tel : 018-3119671
E-mail : shafiq.kerusikuliah@gmail.com